Koleksi Hash Anne telah diasaskan oleh Izzati Nadia SHARIFUDIN; Nadia diilham daripada minatnya terhadap barang-barang koleksi comel. Nama "HASH ANNE" dipilih atas gabungan huruf awal daripada nama setiap ahli keluarganya iaitu Hazim, Akif, Sharifudin Siti Ramilah, Nadia dan Najibah. Nadia mengambil langkah selamat untuk memilih huruf H dan N untuk memudahkan sebutan sekaligus mencipta konsep HN. Nadia juga meluaskan line produk dengan membahagikan servis dan produk sebagai jalan untuk menjana pendapatan kerana Allah inshaa Allah!
Pada 1 Jun 2016, dia menginovasi kain perca sehingga terhasil "Hash Anne Pouch" pertama dengan bantuan ibu tersayangnya semasa dia berusia 19 tahun, bergelar pelajar asasi di institut pengajian Pendidikan tinggi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Petaling Jaya Malaysia.
Dalam bulan yang sama, Nadia cuba "test market" di social media dan direzekikan ada seorang hamba Allah berminat untuk membeli produk pertama Hash Anne. Dan koleksi Hash Anne seterusnya terhasil.
Pada 24 Jun 2016, Jumaat, nama Hash Anne Collection didaftarkan di Pejabat SSM dengan no pendaftaran SSM: 002552936-H.
Semoga Hash Anne terus diberkati dan diredhai Allah dalam menjalankan muamalat ke jalanNya! Terima kasih Hash Anne Sweeties yang sentiasa menyokong Hash Anne. Jom follow Instagram @hash_anne dan page kami di Facebook @hashanne16 . Assalamualaikum :D